1. Beri komitmen untuk makan makanan yang sihat dan seimbang – ini amat penting untuk bina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat di pagi hari. Pilih sayuran bukan tepung seperti kacang hijau dan kubis dan makan makanan protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Hindari makanan segera (fast food) yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.
2. Dapatkan cukup protein kerana protein membantu kita menguatkan jaringan otot ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk melengkapkan makanan protein kita.
3. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur. Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.
6. Lakukan kombinasi latihan perut pada 3 hari tidak berturut-turut dalam seminggu (selang sehari). Latihan perut membentuk perut kita. Lakukan latihan seperti V-duduk. Berbaring telentang di atas lantai dengan kedua lengan di luruskan di atas kepala anda. Tarik napas dan angkat lengan serta kaki untuk membentuk sebuah “V” dengan tubuh. Cuba rapatkan jari tangan anda ke jari kaki dan hembus nafas setelah mencapai jari tangan hampir ke jari kaki. Rendahkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.
7. Latih perut bawah anda dengan melakukan sit-up. Baring di atas lantai telentang dengan lutut dibengkokkan dan rapatkan kaki ke peha. Letakkan tangan anda di belakang kepala. Tarik nafas dan angkat pinggul dari lantai untuk membawa lutut anda ke arah dada anda. Angkat bahu dari lantai pada waktu yang sama. Hembuskan nafas sebelum menurunkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.
Cuba amalkan cara bina badan di rumah ini secara berdisplin. Anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukannya untuk dapatkan bentuk badan abang sado.




No comments:
Post a Comment